it's me

it's me

Thursday, May 26, 2016

Want to be a student of UMK???? are you ready??? really strong??

      Assalamualaikum dan salam sejahtera untuk semua readers blog ini.. sudah setahun x update blog yang ku rindui ini.. huhuhu..RINDU LA SANGAT... pejam celik dah setahun sy digelar sebagai anak umk kampus bachok...fakulti teknologi kreatif dan warisan merupakan fakulti pilihan ku sebagai penerus masa depan. pengajian warisan( konservasi warisan) merupakan kos yang bakal ku selami dan terokai selama 3 tahun lagi. PENGALAMAN???? semua universiti di Malaysia mempunyai pro dan cons masing2. buat adk2 jgn banding2kan antara universiti lain ye... visi dan misi universiti pn dah lain. tp, pada malam ini saya ingin kongsikan tentang UNIVERSITI MALAYSIA KELANTAN ( Universiti Keusahawanan). UMK ni ada 3 kampus iaitu kampus Pengkalan Chepa( fakulti keusahawanan), Bachok(fakulti teknologi kreatif dan warisan) dan Jeli (fakulti sains bumi,fakulti vaterinar,fakulti pertanian). semua kampus yang ada wajib mengambil subjek keusahawanan (asas keusahawanan,gelagat usahawan, keusahawanan korperat,keusahawanan strategik, pengurusan dalam interprise) subjek ini merupakan subjek WAJIBULLGUHUNNAH UMK heheheh....

pendidikan yang ditawarkan oleh pihak UMK amat fleksible dan menyeluruh..adk2 yang bakal menjadi anak umk jangan terkejut kalau jam kredit adk sikit tp assignment dgn xad banyak. hihi... ala, nak jadi hebat usaha pun kena hebat la.. antara yang telah saya belajar sepanjang tempoh pengajian tahun 1 ialah lukisan,asas keusahawanan, bi, TITAS, kebudayaan Melayu, koko, sem2 Gelagat keusahawanan, falsafah ilmu, bi2, asas studio, teknik persembahan visual, dan reka bentuk produk. mana2 pelajar FTKW  memang memerlukan wang yang banyak sebab projek  menelan belanja yang besar tapi jangan risau kebanyakannya kerja berkumpulan. makan ratusan ringgit untuk satu projek. duit PTPTN???? sebagai student FTKW memang x kn cukup.. nk shopping memang x sempat dengan duit yang ada.. kt sini semua kene pandai berjimat jgn sesekali berbelanja secara berlebihan. projek pula kene selalu tunjukan kpd lecture supaya boleh bg pendapat untuk memperbaiki projek tersebut.

fasiliti yang disediakan oleh umk bachok masih dalam peringkat pembinaan, kalau xde air sampai 2 minggu tu perkara biasa dah bagi pelajar kat sini. air kotor dan sebagainya kami tetap hadapi juga. tp ia tidak menghalang untuk terus berjaya dan berusaha. kene sabar, tabah dan kuat sepanjang adk2 berada disini atau di mana-mana universiti sekali pun. yang paling best dapat ipad la.... hihihi

keseluruhan, umk bagi saya adalah universiti yang UNIK,RELEVEN DAN BERBEZA... nak tahu??? jadilah pelajar UMK..... tp kene kuat.... :)  nampak seramkannnnnnn....saja nk takutkan